Pages

Friday, September 30, 2011

Bisikan Hati

Assalammualaikum w.b.t. 
Untuk kali ini aku nk share tentang perasaan aku. biasala klu sape2 yang masuk blog aku ni mst boring gle kan..sbb sume mengenai diri aku je,kre mmg x bermanfaat la blog ni tuk korg...namun begitu blog ini la merupakan kawan aku,utk aku luah kan perasaan aku..jadi klu ade yg terbaca please jangan tanya ape2 psl ape yg ade dalam blog ni k..:).
Bulan Oktober 2011 ni, akan berlangsung majlis perkahwinan kawan baik aku..almost 10tahun++ aku berkawan baik dgn dia.  Time dia nak kawin, dia bgtau aku dulu slpas fmly dia. dulu aku masih ingat, masa kami sek2 dulu,aku dgn dia pernah ckp yang kami nk bersanding bersama2 sbb 2,2 x nak kawin dulu...tapi dah mmg dinamakan kehidupan, jodoh ajal maut rezeki semua dh ditentukan, bila tiba masenya,akan terjadilah spt ape yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. Aku rasa sangat happy dgn apa yang ALLAH dah aturkan untuk dia. NOR SHUHADA RAZMAN, selamat menjadi seorang isteri yang solehah pada suami, mertua, ibu,...aku x sabar nak mengapit ko di hari bahagia kawan baik aku ni..Ko la kawan baik yang paling aku sayang shu.

Sebagai manusia biasa, sebagai wanita yang jiwanya sentiasa ingin meraih bahagia, aku juga ingin menamatkan zaman bujang ini secepat mungkin. Walaupun jodoh itu telah ditentukan kepada kite, namun kite mst berusaha untuk mendapatkan jodoh itu kan.  Aku juga berbuat demikian. Cume kadang2 aku rasa aku ni umpama melompat untuk mencapai bulan.  Hati aku berkenaan kepada lelaki yang ada ilmu agama, sbb diri aku ini penuh dengan kejahilan, aku terlalu cetek ilmu agama...dari dulu lagi pilihan aku sentiasa di utamakan kepada lelaki yg punya ilmu agama sbb aku berharap dia boleh mengajar aku ilmu2 agama, supaya aku menjadi wanita dan hamab yang lebih baik dan bertakwa kepada ALLAH S.W.T. yang boleh mengajarkan aku untuk menjadi orang islam yang sebenar. Aku bersyukur, sbnya aku penah berkenalan dengan lelaki yang belajar dr sek.men.agama. Tapi ada yang tidak mengajar aku, even dia dari sek.agama tp dia sendiri mengakui dia adalah lelaki yang x baik. ya.memang dari pandangan dia mmg bukanlah lelaki yang senonoh. Pengalaman kedua aku, aku berkenalan dengan lelaki yang belaja kos ape aku x sure, tp major dia undang2 islam dan dia dr keluarga yang berilmu agama, perwatakannya baik sekali, kata2 nya penuh mengajar tapi dia bukan yang terbaik,sbb dia x dpt mengawal lidah lelakinya dari memancing hati ramai gadis. Jadi dia juga bkan lelaki setia pada wanita, tp dia tidak pernah menjanji kan cinta pada wanita yang dikenalinya.  Dia lelaki yang memiliki ciri2 yang aku idamkan tapi ternyata berbekal ilmu agama sahaja x menjanjikan dia lelaki yang terbaik. Itulah kali terakhir aku cube mengenali lelaki mengikut ciri2 lelaki pilihan aku. Walau, kasih yang x kesampaian, mereka2 mengajar aku banyak tentang cinta, sehingga aku benar2 kenal apa itu cinta sepeti sekarang.

Sekarang ini, aku masih lagi mengharapkan lelaki yang boleh membimbing aku lebih dekat dengan agama. Namun, sekarang aku faham dan yakin, 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga dengan sebaliknya'..jadi sbb tu aku x harap sgt nak dpatkan ustaz sebagai lelaki pilihan, sbb dh tentu ustaz2 akan memilih ustazah2 untuk dijadikan isteri yang boleh membawa keluarga mereka ke syurga.  Bagi aku yang jahil ni ckup la sekadar dapat lelaki yang sama2 nak belaja ilmu agama. yang matlamat kehidupannya sama macam aku..hidup di dunia nk cari ilmu yang bermanfaat, nak memperbaiki diri setiap masa, nak jadi hamba sebenar2 hamba kepada ALLAH S.W.T dan untuk mengharapkan syurga dan rahmat di akhirat dan di dunia.  Lelaki pilihan adalah lelaki yang menunaikan solatnya dengan sempurna, menerima aku atas kejahilan diri aku, sama2 mencari guru untuk mendidik dirinya dan diriku. Namun sehingga kini, lelaki begitu juga belum hadir dalam kehidupan aku.  Jadi dalam setiap doa, aku mohon di percepatkan datang lelaki yang boleh membawa kebaikan kepada aku dan keluargaku dan di jauhkan lelaki yang boleh membinasakan aku dan keluarga ku.  Mungkin kata orang, aku ini cerewet dalam memilih pasangan adalah benar.  Aku takut terpilih lelaki yang tidak sama matlamat hidup dengan aku. yang x suka cara kehidupanku yang membosankan.  Oleh demikian, sementara menantikan lelaki untuk ku, aku memperkasakan keimananku, mencari nur untuk diri ku...memperbaiki diriku...mencari cinta hakiki,tunduk dan ku labuhkan cinta dan air mata ini kepada yang MAHA ESA,dan aku bersyukur, even ALLAH S.W.T. tidak memberikan aku lelaki untuk membimbing aku, namun ALLAH S.W.T. pertemukan aku dengan mereka2 yang boleh membantu aku keluar dari kejahilan diri yang kelam dan gelap..dan yang paling aku rasa syukur apabila ALLAH S.W.T. dorong hati aku dan kuatkan jiwa ku untuk berdikari mencari ilmu agama. untuk merasai nikmat yang sentiasa menitiskan air mataku ketika aku kesunyian...Walau ada mereka yang pelik, bagaimana aku boleh hidup sendiri begini, namun segalanya penuh rahsia. ALLAH S.W.T. x berikan aku bahagia yang boleh dilihat, tp bahagia yang boleh aku rasai. Namun aku sentiasa berdoa supaya ada jodoh untuk ku di dunia ni, kerana mak abah selalu mengharap aku dan kakak ku melangsungkan perkahwinan. Kerana bagi ibu bapa selagi anak2 tidak berkahwin selagi itu tanggungjawab mereka x lepas.ALHAMDULILLAH keluarga aku sangat memahami kami. mereka tidak mendesak, namun sentiasa mengingatkan aku tentang perkahwinan terutama apabila kawan baik aku kini akan menamatkan zaman bujangnye. Kalau lah mak abah mengetahui bahawa aku juga sedang berusaha untuk mencari lelaki yang baik untuk diriku dan untuk mereka tentu mereka turut terasa betapa sukarnya untuk mendapatkannya.segalanya aku serahkan kepada takdir ALLAH S.W.T., aku hanya mampu berusaha mencari jodoh dengan izinnya..melabuhkan rasa cinta pada lelaki yang benar2 ingin bersamaku mencari syurga akhirat bersama..Moga dipermudahkan dalam segala urusan..aminnnn...





Thursday, September 8, 2011

nukilan malam ini

" Jangan layangkan cinta pada layar yang bukan dilabuhkan untuk itu..jangan mengapikan pada bara yang bukan untuk nyalaan itu.. jangan redupkan pada pepohon yang bukannye utk teduhan itu " - sekian-