Pages

Sunday, June 3, 2012

senyum tetap aku ukir,
memandang kamu dari jauh,
kelibat semirip mu juga aku ukirkan senyum,
andai terkenang segalanya aku masih senyum,

Hanya ALLAH mengetahui bertapa lemah aku pada hati ini,
namun tetap ku latih hati ini untuk tabah,
aku latih hati ini untuk kuat,
aku latih hati ini untuk tunduk takut,
aku latih hati ini untuk redha,
aku latih hati ini supaya sentiasa ingat aku tidak punya apa-apa,
aku latih hati ini supaya tahu hamba sebenar-benar hamba,
aku latih hati ini untuk malu pada PECIPTANYA,
aku latih hati ini dengan mutiara yang berlinang mengenangkan bertapa aku alpa,
Bagaimana aku lemah,bagaimana aku ingin kasih pada manusia,sedangkan ENGKAU sentiasa melimpahkan kasihMU untuk hambaMU ini..

Aku telah memilih mencari redhaMU,
Kuatkan aku untuk tinggalkan segala yg pernah aku kasihkan,
Tetapkan ukiran senyum diwajahku,
Akan ku sentiasa titipkan doa yang terbaik untuk semua hambamu…

Tuesday, May 29, 2012

Hanya TUHAN yang tahu




Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau lelaki pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih